LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP 5)

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke5 telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Latihan ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Ia dikendalikan oleh EnciK Anas B Suray Ketua Jabatan PIPK (R&I) Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bersama dengan Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdullah Pensyarah Kanan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pada kali ini guru-guru diberi pendedahan dan penekanan mengenai Pelan Kajian Tindakan. Banyak maklumat yang terbaru dan terkini yang diperolehi oleh Guru-guru SKPP melalui kursus ini. Guru-guru telah diberi penerangan dengan sejelas-jelasnya mengenai Pelan Kajian Tindakan dan seterusnya berbengkel dan membuat pembentangan hasil kerja mereka.

UBAT H1N1- INSYAALLAH







Terjemahan:Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.Sebab itu selawat ada dlm doa.

PERJUMPAAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN DENGAN WARGA GURU SPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengadakan pertemua dengan guru-guru dalam DUN Permatang Pasir. Pertemuan itu diadakan :

Tarikh : 05 OGOS 2009 (RABU)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan SMK Guar Perahu.

Team Boling SKPP 2009




Bertempat di Ampang Bowl Summit Bukit Mertajam, lima orang guru
lelaki dari SKPP mengorak langkah demi menyahut seruan
Majulah Sukan Untuk Negara. Sasaran kali ini adalah
sukan bowling.
Diketuai oleh En. Abd Halim Seman, balingan mula telah dilakukan
pada tepat jam 5 petang. Perlawanan pada petang tersebut
tidak kurang hebatnya apabila tidak kurang 5 'STRIKE'telah
dilakukan bagi setiap pusingan oleh setiap dari mereka.
Di masa hadapan, pertandingan yang lebih besar akan diadakan
di kalangan guru- guru lelaki SKPP. Nantikan catatannya kelak.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke 4 2009

Kursus ini berjalan dengan lancar dan penuh keceriaan. Aktiviti ini dikendalikan oleh En Rosli Bin Hashim dari PKG Bukit Mertajam. Antara pengisian program ini ialah:

1) Eduwebtv
2) Window Movie Maker

Semua warga guru SKPP gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Rosli kerana telah berjaya menambahkan kegembiraan dan keceriaan kami.

Diharap banyak lagi program-program seperti ini dapat dijalankan di masa-masa akan datang.
Program ini mampu meningkatkan tahap profesionalisme guru selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2010

Program/Akitvi Sekolah Sepanjang Bulan Julai/Ogos


Perkembangan Staff/LDP 4
Tarikh : 25 Julai 2009
Eduweb TV
Jam: 8.00 pagi

Perkembangan Staff/LDP 5
Tarikh : 15 Ogos 2009
Kajian Pelan Tindakan
Jam 8.00 pagi

Program Menjana Minda Bermotivasi
Anjuran Bersama Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM dan SKPP
Tarikh: 14,15,16 Ogos 2009


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah










































Sambutan Israk Mikraj Peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Julai 2009. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah. Banyak acara telah diadakan sempena sambutan ini. Antaranya ialah Ceramah agama oleh Ustaz Wan Abd Rashid, Kuiz agama untuk murid-murid Tahap 2 dan pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1. Sambutan ini berlangsung dengan meriah dan penuh keinsafan kepada semua warga sekolah


BULAN KECERGASAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

cikgu bersemangat bersenamrobik



contoh guru harapan negara bersemangat dan berwawasan
murid-murid yang turut serta bersenamrobik
penuh semangat waja dan berdisiplin
warga SKPP yang ceria dan cergas



Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 9 dan 14 Julai 2009.

Sempena mingggu kecergasan ini Program Senamrobik telah diadakan . Program ini melibat semua warga sekolah. Program ini dikendalikan oleh Muhd Zul Fahmi dan Mohd Muizzuddin, guru pelatih PISMP IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program ini berlangsung dengan meriah dan ceria.

HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2009





































Hari Anugerah kecemerlangan akan diadakan pada 26 Jun 2009. Ia bertujuan memberi anugerah kepada murid-murid yang berjaya dalam kurikulum dan Ko Kurikulum pada tahun ini. Semua Ibu bapa dan waris dijemput hadir.

HARI KANTIN 20 JUN 2009





Aktiviti yang mendapat sambutan sangat hebat.........













Jejaka handsome SKPP .Warung minumnan............













Sekolah telah mengadakan hari kantin pada 26 Jun 2009. Semua masyarakat Permatang Pauh telah hadir untuk menjayaka majlis ini. Konsep Hari Kantin ialah membeli sambil menderma.
Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah pada 29 Mei 2009
Selamat Menyambut Hari Guru