LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP 5)

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke5 telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Latihan ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Ia dikendalikan oleh EnciK Anas B Suray Ketua Jabatan PIPK (R&I) Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bersama dengan Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdullah Pensyarah Kanan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pada kali ini guru-guru diberi pendedahan dan penekanan mengenai Pelan Kajian Tindakan. Banyak maklumat yang terbaru dan terkini yang diperolehi oleh Guru-guru SKPP melalui kursus ini. Guru-guru telah diberi penerangan dengan sejelas-jelasnya mengenai Pelan Kajian Tindakan dan seterusnya berbengkel dan membuat pembentangan hasil kerja mereka.