MAJLIS BACAAN YASSIN DAN SOLAT HAJAT UNTUK UPSR 2012

Majlis Bacaan Yassin dan Solat Hajat untuk UPSR 2012 telah diadakan pada 6 september iaitu pada Hari khamis. Majlis ini telah diadakan diMasjid jamek Permatang Pauh dengan kerjasama PIBG SKPP, Guru-guru dan Para waris. Majlis ini telah mendapat sambutan yang sungguh meriah dengan kehadiran semua guru,waris dan calon-calon UPSR 2012. Semoga semua calon UPSR telah mendapat keberkatan dan ketenangan semasa menghadapi peperiksaan nanti pada 11 hingga 13 September 2012. Amin.

SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN SKPP 2012

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Sambutan di ambang kemeredekaan pada 30 Ogos 2012 iaitu pada hari Khamis bertempat di Dewan Terbuka SKPP dan sekitar Kawasan Sekolah. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Mendeklamasikan Sajak, Bicarawara Tokoh Kemerdekaan, Perarakan Mengelilingi Kawasan Penempatan Penduduk dan Pertandingan Kuiz serta Peraduan Mewarna Jalur Gemilang. Acara Perarakan telah berjaya mendapat sambutan yang meriah dikalanggan penduduk kampung yang turut sama mengibarkan Jalur Gemilang. Acara sambutan telah berjaya menanamkan Semangat Patriotik dikalangan murid-murid dan guru.