Team Boling SKPP 2009




Bertempat di Ampang Bowl Summit Bukit Mertajam, lima orang guru
lelaki dari SKPP mengorak langkah demi menyahut seruan
Majulah Sukan Untuk Negara. Sasaran kali ini adalah
sukan bowling.
Diketuai oleh En. Abd Halim Seman, balingan mula telah dilakukan
pada tepat jam 5 petang. Perlawanan pada petang tersebut
tidak kurang hebatnya apabila tidak kurang 5 'STRIKE'telah
dilakukan bagi setiap pusingan oleh setiap dari mereka.
Di masa hadapan, pertandingan yang lebih besar akan diadakan
di kalangan guru- guru lelaki SKPP. Nantikan catatannya kelak.
Majulah Sukan Untuk Negara.

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali Ke 4 2009

Kursus ini berjalan dengan lancar dan penuh keceriaan. Aktiviti ini dikendalikan oleh En Rosli Bin Hashim dari PKG Bukit Mertajam. Antara pengisian program ini ialah:

1) Eduwebtv
2) Window Movie Maker

Semua warga guru SKPP gembira dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada Encik Rosli kerana telah berjaya menambahkan kegembiraan dan keceriaan kami.

Diharap banyak lagi program-program seperti ini dapat dijalankan di masa-masa akan datang.
Program ini mampu meningkatkan tahap profesionalisme guru selaras dengan hasrat kerajaan seperti yang termaktub dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Kebangsaan 2010

Program/Akitvi Sekolah Sepanjang Bulan Julai/Ogos


Perkembangan Staff/LDP 4
Tarikh : 25 Julai 2009
Eduweb TV
Jam: 8.00 pagi

Perkembangan Staff/LDP 5
Tarikh : 15 Ogos 2009
Kajian Pelan Tindakan
Jam 8.00 pagi

Program Menjana Minda Bermotivasi
Anjuran Bersama Persatuan Mahasiswa Undang-Undang UUM dan SKPP
Tarikh: 14,15,16 Ogos 2009


Sambutan Israk Mikraj Peringkat Sekolah










































Sambutan Israk Mikraj Peringkat sekolah telah diadakan pada 20 Julai 2009. Sambutan ini diadakan di dewan sekolah. Banyak acara telah diadakan sempena sambutan ini. Antaranya ialah Ceramah agama oleh Ustaz Wan Abd Rashid, Kuiz agama untuk murid-murid Tahap 2 dan pertandingan mewarna untuk murid-murid Tahap 1. Sambutan ini berlangsung dengan meriah dan penuh keinsafan kepada semua warga sekolah


BULAN KECERGASAN KEBANGSAAN PERINGKAT SEKOLAH

cikgu bersemangat bersenamrobik



contoh guru harapan negara bersemangat dan berwawasan
murid-murid yang turut serta bersenamrobik
penuh semangat waja dan berdisiplin
warga SKPP yang ceria dan cergas



Bulan Kecergasan Kebangsaan Peringkat Sekolah telah diadakan pada 9 dan 14 Julai 2009.

Sempena mingggu kecergasan ini Program Senamrobik telah diadakan . Program ini melibat semua warga sekolah. Program ini dikendalikan oleh Muhd Zul Fahmi dan Mohd Muizzuddin, guru pelatih PISMP IPGM Kampus Tuanku Bainun. Program ini berlangsung dengan meriah dan ceria.