MAJLIS PERLANTIKAN DAN PERTAULIAHAN PEGAWAS

Majlis perlantikan dan pertauliahan Pegawas Sekolah telah diadakan pada 31 Januari 2011 di tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Koperal Ismail Ketua Pondok Polis Permatang Pauh.
Beliau seterusnya menyampaikan watikah perlantikan tersebut.

aa.slide.com/p1/2017612633089361066/ms_t048_v000_s0un_f00/images/xslide1.gif" border="0" ismap="ismap" /> aa.slide.com/p4/2017612633089361066/ms_t048_v000_s0un_f00/images/xslide42.gif" border="0" ismap="ismap" />

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-37

Tarikh : 29 januari 2011
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPP

Setelah berakhirnya sesi 2009/2010,barisan jawatankuasa PIBG sekali lagi akan dibubarkan untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012.Harapan dari pihak sekolah ialah agar mesyuarat kali ini akan mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang boleh terus bekerjasama dengan pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lalu.Pihak sekolah turut menyeru agar PIBG akan terus menjadi tonggak serta tulang belakang dalam membantu pengurusan sekolah serta guru untuk mendidik anak-anak ke arah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.

Diharap semua waris kepada anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang pauh akan dapat hadir sebagai melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.

Selamat Tahun Baru 2011

Semua warga pendidik diucapkan selamat bertugas kembali. Doa dan harapan semoga tahun ini membawa sinar kegembiraan dan tekadkan iltizam untuk terus berbakti mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.