SELAMAT HARI GURU


BERBURU KE PADANG DATAR


Dapat rusa belang kaki


Berguru kepala ajar


Ibarat bunga kembang tak jadi


(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)


Dialah pemberi paling setia




Tiap akar ilmu miliknya


Pelita dan lampu segala


Untuk manusia sebelum jadi dewasa.


Dialah ibu dialah bapa juga sahabat


Alur kesetiaan mengalirkan nasihat


Pemimpin yang ditauliahkan segala umat


Seribu tahun katanya menjadi hikmat.






Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa


Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta


Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara


Jika hari ini seorang ulama yang mulia


Jika hari ini seorang peguam menang bicara


Jika hari ini seorang penulis terkemuka


Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa


Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.




Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya


Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota


Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu


Dia adalah guru mewakili seribu buku;


Semakin terpencil duduknya di ceruk desa


Semakin bererti tugasnya kepada negara.


Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku


Budi yang diapungkan di dulangi ilmu


Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat


Menjadi kenangan ke akhir hayat.






USMAN AWANG


1979







SEGAR MINDA

Hadiah terbaik kepada kawan : KESETIAAN


Hadiah terbaik kepada musuh : KEMAAFAN

Hadiah terbaik kepada ketua : KHIDMAT CEMERLANG

Hadiah terbaik kepada yang muda : CONTOH TERBAIK

Hadiah terbaik kepada yang tua : HARGAI BUDI DAN KESETIAAN

Hadiah terbaik kepada pasangan : CINTA DAN KETAATAN

Hadiah terbaik kepada manusia : KEBEBASAN

"Sahabat yang berilmu ibarat mentari yang menyinar,

Sahabat yang setia bagai kasturi yang mengharum,

Sahabat yang sejati adalah pendorong impian murni."

AMBILAH WAKTU.....

Ambillah Waktu


Ambillah waktu untuk berfikir, kerana ia sumber kekuatan;

Ambillah waktu untuk bermain, kerana ia adalah rahsia masa muda yang abadi;

Ambillah waktu untuk berdoa, kerana ia sumber ketenangan;

Ambillah waktu untuk belajar, kerana ia sumber kebijaksanaan;

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, kerana ia hak istimewa yang diberi Tuhan;

Ambillah waktu untuk bersahabat, kerana ia adalah jalan menuju kebahagiaan;

Ambillah waktu untuk tertawa, kerana ia muzik yang menggetarkan hati;

Ambillah waktu untuk memberi, kerana ia membuat hidup terus bererti;

Ambillah waktu untuk bekerja, kerana ia nilai keberhasilan.