PAPAN KENYATAAN SEKOLAH

 LAWATAN SAMBIL BELAJAR PASCA UPSR

TEMPAT                   :  PULAU PINANG
HARI                         :  RABU /2 NOVEMBER 2011
MASA                       : 8.00 ---- 5.00
MURID                     : SEMUA MURID TAHUN 6
GURU PENGIRING : 8 ORANG        
TEMPAT LAWATAN :
                                       1. BUKIT BENDERA
                                       2. KOTA CORNWALIS (PADANG KOTA)
                                       3. TAMAN BELIA PERBANDARAN


MAJLIS GRADUASI PRA SEKOLAH SKPP

TEMPAT            :   DEWAN TERBUKA SKPP
TARIKH             :  4 NOVEMBER 2011
MASA                :  8.30----12.00
MURID              :  50 ORANG MURID
PERASMIAN OLEH : YDP PIBG SKPP

SEMUA WARIS DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR

        

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGAWAS SKPP 2011

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PENGAWAS SKPP 2011
Tarikh : 25 Okt0ber 2011
Hari   : Selasa
Masa : 7.30 pagi--- 6.00 petang

Tempat : 1. AUCMS Kepala Batas
              2. Utusan Melayu Sdn Bhd
              3. Puncak Mutiara (Lunch)
              4. Taman Belia Perbandaran Pulau Pinang

Murid                : 46 orang
Guru  Pengiring  : 5  orang

Selamat Berjuang Dalam PKSR 2

Selamat berjuang untuk Putera Puteri SKPP dalam Peperiksaan Akhir Tahun 2011.Semoga mendapat kejayaan yang cemerlang didunia dan diakhirat. Ingatlah segala usaha yang gigih dan diringi dengan doa dan tawakal kepada Allah akan berakhir dengan kejayaan.

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Enam Pertanyaan Untuk Kita Renungkan (Wajib Baca)

Suatu hari Seorang Guru berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu beliau mengajukan enam soalan…


Pertama …
“Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab… “Orang tua”, “guru”, “teman”, dan “keluarganya”. Sang Guru menjelaskan semua jawapan itu benar, tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “kematian”. Sebab kematian adalah PASTI adanya …..

Lalu Sang Guru meneruskan pertanyaan kedua …
“Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab. “Negara China”, “bulan”, “matahari”, dan “bintang-bintang”.


Lalu Sang Guru menjelaskan bahawa semua jawapan yang diberikan adalah benar, tapi yang paling benar adalah “masa lalu” … Siapa pun kita … bagaimana pun kita … dan betapa kayanya kita … tetap kita TIDAK dapat kembali ke masa lalu sebab itu kita harus menjaga hari ini … dan hari-hari yang akan datang …

Sang Guru meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga… “Apa yang paling besar di dunia ini …???” Murid-muridnya ada yang menjawab “Gunung”, “bumi”, dan “matahari”. Semua jawapan itu benar kata Sang Guru …

Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu”. Banyak manusia menjadi celaka kerana menurut hawa nafsunya. Segala cara dihalalkan demi mewujudkan impian nafsu. Kerana itu, kita harus hati-hati dengan hawa nafsu ini jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka (atau kesengsaraan dunia dan akhirat) …

Soalan keempat adalah … “Apa yang paling berat di dunia ini …???” Di antara muridnya ada yang menjawab … “Baja”, “besi”, dan “gajah” “Semua jawapan hampir benar …”, kata Sang Guru tapi yang paling berat adalah “memegang amanah” …

Soalan-soalan yang kelima adalah … “Apa yang paling ringan di dunia ini …???” Ada yang menjawab “kapas”, “angin”, “debu”, dan “daun-daunan”. “Semua itu benar …”, kata Sang Guru, tapi yang paling ringan di dunia ini adalah “meninggalkan ibadah” …

Lalu soalan keenam adalah … “Apakah yang paling tajam di dunia ini …???” Murid-muridnya menjawab dengan serentak … “PEDANG …!!!” “(Hampir) Benar …”, kata Sang Guru, tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri …

Bestoneoffour ~ Renung-renungkanlah, semoga bermanfaat untuk kita semua…

KEBIASAAN RASULULLAH S.A.W DI BULAN RAMADHAN

Ramadhan adalah bulan yang sangat agung, oleh kerana itu kita harus menghiasinya dengan amalan-amalan sholeh. Langkah yang boleh kita lakukan adalah dengan menteladani kebiasaan Nabi Muhammad SAW dalam mengisi hari-hari di bulan Ramadhan.


Beberapa kebiasaan Rasulullah SAW dalam menjalankan ibadah puasa di bulan Ramadhan adalah :

1. Memperbanyak sedekah.

2. Memperbanyak membaca Al Qur`an.

3. Mengakhirkan waktu sahur.
Sahur adalah sunnah, baik itu dalam puasa sunnah ataupun wajib. Sunnah dalam sahur adalah mengakhiri waktunya.

4. Memperbanyak solat malam.
Melakukan solat malam ( sholat tahajjud / sholat tarawih ).

5. Iktikaf
Iktikaf bermakna diam, tinggal atau mengurung diri di suatu tempat tertentu. Secara syariat, iktikaf adalah diam dan tinggalnya seorang muslim dalam keadaan suci di masjid. Tujuannya beribadah dengan disertai niat.

6. Menghidupkan sepuluh malam terakhir.
Menghidupkan sepuluh malam terakhir adalah beribadah, baik itu dengan solat malam, membaca Al-Quran ataupun dengan berzikir dan berdoa. Dikhususkan waktu sepuluh hari terakhir kerana hari-hari itu telah mendekati berakhirnya bulan Ramadhan, bulan yang mulia dan penuh berkah.

Nabi Muhammad SAW ingin mengakhiri bulan Ramadhan dengan beribadah sungguh-sungguh sebelum bulan itu berlalu.
Selain itu [ada sepuluh hari terakhir ini adalah waktu yang bertepatan dengan turunnya Lailatul Qadar ( malam kemulian ).

7. Bersungguh-sungguh mencari Lailatul Qadar .
Lailatul Qadar artinya malam kemulian, iaitu malam diturunkannya Al Qur`an. Malam ini lebih baik dari seribu bulan atau delapan puluh tiga tahun beberapa bulan.


Posted @ www.isuhangat.net

TAZKIRAH JUMAAT

Sedikit Khabar Dari Neraka

NERAKA dalam bahasa arab disebut AN-NAR, secara bahasa bererti “api”. Lafaz an-naar banyak disebutkan di dalam ayat-ayat Al-Qur’an yang bererti api neraka. diantaranya ialah dalam ayat
” Inilah dua golongan (golongan mukmin dan golongan kafir) yang bertengkar, mereka saling bertengkar mengenai Tuhan mereka. Maka orang kafir akan dibuatkan untuk mereka pakaian-pakaian dari api neraka. Disiramkan air yang sedang mendidih ke atas kepala mereka.Dengan air itu dihancur luluhkan segala apa yang ada dalam perut mereka dan juga kulit (mereka).Dan untuk mereka cambuk-cambuk dari besi.Setiap kali mereka hendak ke luar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (Kepada mereka dikatakan), “Rasailah azab yang membakar ini”.

KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SKPP 2011

Kejohanan olahraga tahunan SKPP telah berakhir dengan jayanya. Buat pertama kalinya kejohanan olahraga tahunan ini diadakan di Stadium MPSP Jalan Betek pada 14 Julai 2011. Ianya  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid beraksi di atas trek sintetik dan merasai suasana sebenar berlari di permukaan trek stadium. KOT ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari seperti yang dirancang. Pada akhir kejohanan Rumah Bendahara menduduki tempat pertama dengan 471 mata,diikuti Rumah Syahbandar 400 mata,tempat ketiga Rumah Temenggung dengan 395 dan tempat keempat rumah Laksamana dengan 372 mata. Warga sekolah dengan penuh kesyukuran dan takzim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SKPP 2011 sama ada secara langsung atau tidak langsung.



Perarakan masuk kontigen rumah sukan Bendahar

Rumah syahbandar
Memberi tabik hormat

Rumah Laksamana

Bacaan Doa

Rumah Temenggung
Upacara Perasmian dengan melapskan belon keudara
Belon berkibar di udara
Pandangan dari grandstand

Barisan VIP



MARKAH TERKINI RUMAH SUKAN

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PAUH
KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN 2011

JUMLAH MARKAH TERKINI


                             SUKAN TARA   PRA     SUKANEKA   TARIK  JUMLAH
                                                    SUKAN                       TALI

BENDAHARA          196                 61                46            16         319


TEMENGGUNG       209                38                 36            10         293


SYAHBANDAR       198                 48                 24             10        274


LAKSAMANA          188                30                 34             4          262

SUKANEKA SEMPENA 1M1S 2011

Pembawa bendera Rasmi Kejohanan

Perarakan masuk rumah sukan Rumah Bendahara

Rumah Laksaman

Rumah Temenggung

Rumah Syahbandar (bakal johan)

Bersemangat dan berdisiplin Rumah Syahbandar

Perbarisan rumah sukan


Ikrar sukan oleh Adik Mohd Najmi

Bacaan doa memohon keberkatan dan keredhaan
oleh Ustaz Aminuuddin Hj Ariffin

Ucapan Perasmian Kejohanan Sukaneka oleh
Puan Salimah GB SKPP

Acara Pra Sekolah menunggang 'kuda'

Acara yang dinanti-nantikan memunggut gula

Fuyoo banyaknya dapat...

Acara Tahun 1 menarik bola dengan gelung rotan

Nampaknya guru rumah sukan yang terlebih pulun..

Acara meniup belon sampai pecah Tahun 2

Acara lari berhalangan untuk Tahun 3

Cikgu Yusof PK 1 menyampaikan hadiah kepada pemenang


Puan Salimah GB sedang memberi hadiah kepada pemenang

Sedang menunggu acara guru dan waris bermula..
bersemangat betul....

Bersukan atau bergembira ni...




Johan acara sukaneka guru dan waris

Naib Johan senyaum sampai ke dagu Ust Naim ni.
Terima kasih Puan Salimah

GAMBAR LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Menonton Eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran/TPM

Pendartaran Peserta Larian 1M1S

Bersemangat sebelum bermula

Senamrobik

Peserta larian memanaskan badan


Masih bersenamrobik


Guru-guru sebagai instruktor

Sudah tak sabar hendak lari..



Larian 1M1S

Suasana di denai larian

Derai larian yang cantik mengelilingi sawah padi

Menghampiri garisan penamat...hebat-hebat  semua peserta ni

Bergambar di garisan penamat


Bergambar  bersama Banner Larian 1M1S



Cikgu Yusof PK1 menyampaikan hadiah para pemenang

Acara penyampaian hadiah



Puan Salimah GB SKPP sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

Tetamu terhormat Tuan Hj Mohd Noor (Mamu)
Penyelia Kanan Cemerlang PPDSPT

Tuan Haji Mohd Noor melepaskan peserta sukaneka
terima kasih 'Mamu'

Guru, penyelaras teknik,jurulatih,pengadil,
jurutera bunyi penulis blog