Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH

Nama asal Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh ialah Sekolah Melayu Permatang Pauh.
Mengikut penerangan orang-orang kampong dan buku peringatan lama, sekolah ini diasaskan pada tahun 1873. Bangunan asal sekolah ini pada awal pembukaannya hanyalah sebuah bangsal yang beratapkan nipah dan berdindingkan kayu pelupuh. Jumlah murid ketika itu hanyalah 39 orang sahaja dengan tenaga pengajar berjumlah 3 orang. Ketika itu hanya murid lelaki sahaja yang diterima belajar manakala murid perempuan pula diterima masuk pada
tahun –tahun 1930- an.

Guru Besar pertama sekolah ini telah berkhidmat dari tahun 1873 hingga 1905. Butiran mengenai beliau gagal dikesan. Cuma yang diketahui ketika itu hanyalah guru pelawatnya (Visiting teacher) yang bertugas sebelum 1905 iaitu Encik Osman dan Encik Jaafar.

Mulai tahun 1905, barulah diketahui Guru Besarnya , iaitu Encik Mohd Yussuf bin Haji Mat Amin. Ketika itu Guru Besar lebih dikenali sebagai “Guru Tua” dan murid-murid serta guru-guru lebih mesra memanggilnya dengan panggilan yang dimulai dengan “Pak” seperti “Pak Yussuf” dan sebagainya. Oleh kerana tiada murid perempuan, maka tiadalah juga guru perempuan.

Rumah guru yang pertama telah didirikan oleh kerajaan pada tahun 1926 diberi nombor PWD 81





PROJEK PEMBESARAN SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PAUH

Bangunan asal sekolah ini didirikan pada tahun 1873 (PWD 80 ) dan selalu dibaiki dan diubahsuai. Akhirnya ia dirobohkan pada tahun 1974. Pada tahun 1926 pula pihak kerajaan telah mendirikan rumah guru diberi nombor PWD 81. Pada tahun 1930, didirikan rumah guru PDW 82. Bagaimanapun, kedua-dua bangunan rumah guru dan sekolah tambahan itu dirobohkan pada tahun 1986 umtuk tujuan penyusunan semula dan pembesaran sekolah.

Bagi menampung bilangan pelajar yang semakin meningkat, 2 buah bangunan lagi didirikan pada tahun 1960 yang diberi nombor PWD 489 dan PWD 490. Bangunan ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Wong Pow Nee, Ketua Menteri Pulau Pinang pada 12 Oktober 1961. Kini blok tersebut menampung murid Tahun 1. Pada tahun 1973, didirikan pula sebuah bangunan 2 tingkat diberi nombor JKR 1221.

Sebagai usaha untuk memberi peluang pendidikan yang lebih sempurna dan menampung permintaan daripada masyarakat sekitarnya, sebuah lagi blok 4 tingkat didirikan dan ditakrifkan sebagai blok D. Ia siap dibina dan dirasmikan oleh YB Tuan Haji Anwar Bin Datuk Haji Ibrahim, Menteri Pendidikan Malaysia pada hari Sabtu
29 September 1990 bersamaan 10 Rabiulawal 1411. Bangunan ini yang didaftarkan sebagai JKR 1883. Tapak bangunan yang dirobohkan telah dijadikan padang permainan untuk permainan untuk membolehkan pelajar menjalankan aktiviti jasmani dan ko-kurikulum. Keseluruhan keluasan kawasan sekolah ini lebih kurang dua ekar.
Dalam era tahun 1990-an sebuah pondok bacaan telah didirikan bagi kemudahan murid-murid membaca buku diwaktu terluang. Pejabat Daerah Bukit Mertajam telah membina pagar tembok batu di sekeliling kawasan sekolah demi keselamatan murid-murid sekolah ini.

Tahun 2000, zaman Teknologi Maklumat (IT) Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh, telah menerima 20 buah Komputer daripada Kementerian Pendidikan Malaysia. Komputer-komputer ini diletakkan dalam bilik darjah bersebelahan Pusat Sumber Sekolah ,yang terletak di bangunan blok B. Sebanyak 20 buah lagi telah diberikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia apabila sebuah bangunan empat tingkat siap terbina dan mula mendudukinya bulan Jun 2003 yang terletak ditingkat 3 blok A. Murid-murid tahap satu menjalankan Pembelajaran IT di blok B manakala murid-murid tahap 2,menggunakan komputer di blok A.
Tahun 1992 satu bilik di blok C telah diubahsuai untuk dijadikan kelas Prasekolah.
Penempatan murid di sekolah ini setiap tahun bertambah seperti data berikut:-

TAHUN BIL KELAS BIL MURID BIL GURU
2000 19 621 37
2001 20 656 35
2002 20 621 33
2003 21 643 39
2004 20 680 40
2005 20 622 40 + j-QAF 2
2006 19 593 42+ j-QAF 3
2007 19 617 40+ j-QAF 4
2008 20 667 43 +j-QAF 4
2009 20 679 40 + j-QAF 5
2010 20 679 44 J-QAF 6
2011 20 679 44 40 + j-QAF 6


Kebanyakan murid-murid yang ditempatkan di sekolah ini terdiri daripada anak-anak kampung yang berdekatan seperti Kampung Sama Gagah, Kampung Permatang Pauh, Kampung Bagan Serai, Kawasan Ampang Jajar.

Pertengahan Tahun 2007, Kementerian Pelajaran telah mengadakan peruntukan untuk membina sebuah bangunan Prasekolah bagi menampung permintaan masyarakat setempat .
Bangunan Prasekolah ini siap sepenuhnya pada akhir bulan Disember 2007 dan telah mulakan pembelajaran pada awal Januari 2008. Bagi memudahkan pengurusan, Pn Salimah Abdullah ,Guru Besar pada ketika itu telah menamakan Ibnu-Sinna untuk Prasekolah 1 dan Al-Farabi bagi Prasekolah bangunan baru.


KRONOLOGI SEJARAH SEKOLAH

1873 :Sekolah asal diasaskan ,dikenali sebagai Sekolah Melayu Permatang Pauh.
          Dirobohkan pada tahun 1974.
1926 :Rumah guru pertama didirikan. Dirobohkan pada tahun 1986.
1930 :Bangunan sekolah tambahan didirikan –PWD 82.Dirobohkan pada tahun 1986.
1960 :Dua bangunan setingkat didirikan _PWD 489 dan PWD 490.
1973 :Sebuah bangunan dua tingkat didiruikan –JKR 1221
1986 :Sebuah bangunan empat tingkat didirikan –JKR 1883
2007 :Satu bangunan Prasekolah didirikan ditapak gelanggang Sepak Takraw.