LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN (LDP 5)

Latihan Dalam Perkhidmatan Kali ke5 telah diadakan pada 15 Ogos 2009. Latihan ini bermula pada jam 8.00 pagi hingga 2.30 petang. Ia dikendalikan oleh EnciK Anas B Suray Ketua Jabatan PIPK (R&I) Institut Perguruan Guru Malaysia Kampus Tuanku Bainun bersama dengan Tuan Haji Ismail Bin Haji Abdullah Pensyarah Kanan IPGM Kampus Tuanku Bainun. Pada kali ini guru-guru diberi pendedahan dan penekanan mengenai Pelan Kajian Tindakan. Banyak maklumat yang terbaru dan terkini yang diperolehi oleh Guru-guru SKPP melalui kursus ini. Guru-guru telah diberi penerangan dengan sejelas-jelasnya mengenai Pelan Kajian Tindakan dan seterusnya berbengkel dan membuat pembentangan hasil kerja mereka.

UBAT H1N1- INSYAALLAH







Terjemahan:Ya Allah, berilah rahmat ke atas penghulu kami, nabi Muhammad S.A.W. yang dengan berkatbaginda, engkau menyembuhkan hati-hati, menjadi penawar dan menyihatkan tubuh badan jugamemberi kesembuhan penyakit serta mengurniakan cahaya penglihatan dan kurniakanlah juga rahmat keberkatan dan kesejahteraan keatas keluarga dan sahabat baginda.Wahai sahabat sekalian di waktu kita di serang penyakit yang berwabak pada ketika ini….Marilah kita sama-sama amalkan selawat syifa’ diatas moga2 allah melindungi kita darinya.Doa akan dimakbulkan kerana selawat, inilah yg menaikkan doa itu ke langit. Doa juga akan diterima dgn berkat berselawat.Sebab itu selawat ada dlm doa.

PERJUMPAAN TIMBALAN PENGARAH PELAJARAN DENGAN WARGA GURU SPT

Sukacita dimaklumkan bahawa Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi telah mengadakan pertemua dengan guru-guru dalam DUN Permatang Pasir. Pertemuan itu diadakan :

Tarikh : 05 OGOS 2009 (RABU)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Dewan SMK Guar Perahu.

Team Boling SKPP 2009




Bertempat di Ampang Bowl Summit Bukit Mertajam, lima orang guru
lelaki dari SKPP mengorak langkah demi menyahut seruan
Majulah Sukan Untuk Negara. Sasaran kali ini adalah
sukan bowling.
Diketuai oleh En. Abd Halim Seman, balingan mula telah dilakukan
pada tepat jam 5 petang. Perlawanan pada petang tersebut
tidak kurang hebatnya apabila tidak kurang 5 'STRIKE'telah
dilakukan bagi setiap pusingan oleh setiap dari mereka.
Di masa hadapan, pertandingan yang lebih besar akan diadakan
di kalangan guru- guru lelaki SKPP. Nantikan catatannya kelak.
Majulah Sukan Untuk Negara.