HARI KEMUNCAK KO-KURIKULUM DAN HARI SUKAN NEGARA SKPP

Hari Kemuncak Ko-Kurikulum dan Hari Sukan Negara telah diadakan secara serentak pada 10 Oktober 2015 bertempat di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh. Aktiviti  ini bermula pada 9/10/2015. Aktiviti-aktiviti  yang diadakan ialah  Ice Breaking, aktiviti pemasangan khemah dan sembahyang berjemaah di Dewan Terbuka SKPP. Aktiviti pada hari kedua 10/10/2015 dengan senamrobik sempena Hari Sukan Negara melibatkan murid-murid SKPP. Selepas itu diadakan pertandingan kawad kaki dan aktivi ikatan tali. Aktiviti ini dapat memupuk semangat murid dalam bekerjasama dan berdisiplin. Acara pada hari ini berakhir pada pukul 12.00 tengah hari. Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru, para waris, murid-murid dan mereka yang terlibat  sama secara langsung atau tidak lansung menjayakan aktiviti Hari Kemuncak Ko-Kurikulum dan Hari Sukan Negara.