SAMBUTAN DIAMBANG KEMERDEKAAN SKPP 2012

Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh telah mengadakan Majlis Sambutan di ambang kemeredekaan pada 30 Ogos 2012 iaitu pada hari Khamis bertempat di Dewan Terbuka SKPP dan sekitar Kawasan Sekolah. Antara acara yang diadakan ialah Nyanyian Lagu-lagu Patriotik, Mendeklamasikan Sajak, Bicarawara Tokoh Kemerdekaan, Perarakan Mengelilingi Kawasan Penempatan Penduduk dan Pertandingan Kuiz serta Peraduan Mewarna Jalur Gemilang. Acara Perarakan telah berjaya mendapat sambutan yang meriah dikalanggan penduduk kampung yang turut sama mengibarkan Jalur Gemilang. Acara sambutan telah berjaya menanamkan Semangat Patriotik dikalangan murid-murid dan guru.