KEJOHANAN OLAHRAGA TAHUNAN SKPP 2011

Kejohanan olahraga tahunan SKPP telah berakhir dengan jayanya. Buat pertama kalinya kejohanan olahraga tahunan ini diadakan di Stadium MPSP Jalan Betek pada 14 Julai 2011. Ianya  bertujuan untuk memberi pendedahan kepada murid-murid beraksi di atas trek sintetik dan merasai suasana sebenar berlari di permukaan trek stadium. KOT ini bermula jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 12.30 tengahari seperti yang dirancang. Pada akhir kejohanan Rumah Bendahara menduduki tempat pertama dengan 471 mata,diikuti Rumah Syahbandar 400 mata,tempat ketiga Rumah Temenggung dengan 395 dan tempat keempat rumah Laksamana dengan 372 mata. Warga sekolah dengan penuh kesyukuran dan takzim ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan SKPP 2011 sama ada secara langsung atau tidak langsung.



Perarakan masuk kontigen rumah sukan Bendahar

Rumah syahbandar
Memberi tabik hormat

Rumah Laksamana

Bacaan Doa

Rumah Temenggung
Upacara Perasmian dengan melapskan belon keudara
Belon berkibar di udara
Pandangan dari grandstand

Barisan VIP