PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM 2011

Satu perkhemahan unit beruniform telah diadakan bertempat di Sekolah Kebangsaan Permatang Pauh pada 28 Mei 2011. Pekemahan ini bermula jam 8 pagi dan berakhir pada hari yang sama jam 5 petang.Semua unit beruniform telah mengambil bahagian iaitu Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, Pengakap,Kadet Remaja Sekolah,Puteri Islam dan Tunas Puteri.Berbagai jenis aktiviti telah disusun untuk memberi pendedahan dan ilmu kepada semua peserta antaranya : Pertandingan Memasak,Pertandingan Membina Gajet,Pertandingan Kawad Kaki dan acara yang popular mencari hartakarun. Satu sesi permainan alam sekitar juga diadakan yang dikendalikan oleh En.Azizan iaitu Penyelia Kanan Unit Ko-Ku JPNPP.
Setelah semuanya selesai Pasukan Puteri telah diumumkan sebagai pemenang diikuti oleh Pasukan Pengakap dan Kadet Remaja Sekolah. Beberapa orang murid yang ditemui melahirkan rasa gembira kerana dapat menyertai perkhemahan ini dan berharap akan diadakan setiap tahun.
Pihak urusetia mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua guru yang memberi kerjasama dalam menjayakan perkhemahan pada kali ini.