GAMBAR LARIAN 1MURID 1SUKAN 1MALAYSIA

Menonton Eduwebtv ucapan Menteri Pelajaran/TPM

Pendartaran Peserta Larian 1M1S

Bersemangat sebelum bermula

Senamrobik

Peserta larian memanaskan badan


Masih bersenamrobik


Guru-guru sebagai instruktor

Sudah tak sabar hendak lari..



Larian 1M1S

Suasana di denai larian

Derai larian yang cantik mengelilingi sawah padi

Menghampiri garisan penamat...hebat-hebat  semua peserta ni

Bergambar di garisan penamat


Bergambar  bersama Banner Larian 1M1S



Cikgu Yusof PK1 menyampaikan hadiah para pemenang

Acara penyampaian hadiah



Puan Salimah GB SKPP sedang menyampaikan hadiah kepada pemenang

Tetamu terhormat Tuan Hj Mohd Noor (Mamu)
Penyelia Kanan Cemerlang PPDSPT

Tuan Haji Mohd Noor melepaskan peserta sukaneka
terima kasih 'Mamu'

Guru, penyelaras teknik,jurulatih,pengadil,
jurutera bunyi penulis blog





























SEKADAR RENUNGAN BERSAMA

Terlalu Lama Depan Televisyen, Komputer Punca Obesiti 


KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut Kementerian Kesihatan.



Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.



“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.



“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka makan," katanya kepada pemberita, Selasa.



Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.



SEKITAR HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2011

                                                      

TAZKIRAH JUMAAT

25 PESANAN LUQMANUL HAKIM


01 – Hai anakku: ketahuilah, sesungguhnya dunia ini bagaikan lautan yang dalam, banyak manusia yang karam ke dalamnya. Bila engkau ingin selamat, agar jangan karam, layarilah lautan itu dengan SAMPAN yang bernama TAKWA, ISInya ialah IMAN dan LAYARnya adalah TAWAKKAL kepada ALLAH.

02 – Orang – orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemuliaan dari ALLAH juga.

03 – Hai anakku; orang yang merasa dirinya hina dan rendah diri dalam beribadat dan taat kepada ALLAH, maka dia tawadduk kepada ALLAH, dia akan lebih dekat kepada ALLAH dan selalu berusaha menghindarkan maksiat kepada ALLAH.

04 – Hai anakku; seandainya ibubapamu marah kepadamu kerana kesilapan yang dilakukanmu, maka marahnya ibubapamu adalah bagaikan baja bagi tanam tanaman.

05 – Jauhkan dirimu dari berhutang, kerana sesungguhnya berhutang itu boleh menjadikan dirimu hina di waktu siang dan gelisah di waktu malam.

06 – Dan selalulah berharap kepada ALLAH tentang sesuatu yang menyebabkan untuk tidak menderhakai ALLAH. Takutlah kepada ALLAH dengan sebenar benar takut ( takwa ), tentulah engkau akan terlepas dari sifat berputus asa dari rahmat ALLAH.

PAPAN KENYATAAN SEKOLAH

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPP 2011

Tarikh                 :  14 Julai 2011 (Khamis)
Masa                  :  8.00 - 12 Tengahari
Tempat               :  Stadium MPSP Jalan Betek
Perasmian Oleh   : Tuan Haji Zulkifli Mohd Lazim
                            YDP PIBG SKPP 2011

SEMUA WARGA SEKOLAH, IBU BAPA DAN PARA WARIS DIJEMPUT HADIR MEMERIAHKAN KEJOHANAN TERSEBUT


LARIAN 1MURID SATU SUKAN
Tarikh                     : 2 Julai 2011 (Sabtu)
Masa                      : 8.00 pagi
Tempat                   : Denai Larian Merentas Desa SKPP

Larian ini melibatkan semua murid SKPP untuk menyahut seruan TPM yang juga Menteri Pelajaran Malaysia melahirkan murid-murid yang seimbang dan harmonis.



HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN SKPP 2011
Tarikh                    :  24 Jun 2011 (Jumaat)
Masa                     :  8.00 - 12 Tengahari
Tempat                  :  Dewan Terbuka SKPP
Perasmian Oleh      :  Tuan Haji Zulkifli Bin Mohd Lazim
                                YDP PIBG SKPP 2011

Anugerah Kecemerlangan ini bertujuan memberi Pengiktirafan dan Anugerah kepada murid-murid yang berjaya dalam bidang Akademik dan KO Akademik.

SELAMAT HARI BAPA 2011

Selamat Hari Bapa buat seluruh insan yang bergelar bapa.