PERAYAAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH

Perayaan Hari Guru akan diadakan pada 27 Mei 2011 Pelbagai acara telah diatur untuk memeriahkan hari tersebut. Antara yang dijangka menarik perhatian murid-murid ialah acara sukaneka yang melibatkan semua guru dan staff. Acara sukaneka termasuklah acara boling buah nyior, hoki champion, balingan kasih dan satu acara rahsia....

MAJLIS PERLANTIKAN DAN PERTAULIAHAN PEGAWAS

Majlis perlantikan dan pertauliahan Pegawas Sekolah telah diadakan pada 31 Januari 2011 di tapak perhimpunan sekolah. Majlis ini diserikan dengan kehadiran Koperal Ismail Ketua Pondok Polis Permatang Pauh.
Beliau seterusnya menyampaikan watikah perlantikan tersebut.

aa.slide.com/p1/2017612633089361066/ms_t048_v000_s0un_f00/images/xslide1.gif" border="0" ismap="ismap" /> aa.slide.com/p4/2017612633089361066/ms_t048_v000_s0un_f00/images/xslide42.gif" border="0" ismap="ismap" />

MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-37

Tarikh : 29 januari 2011
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPP

Setelah berakhirnya sesi 2009/2010,barisan jawatankuasa PIBG sekali lagi akan dibubarkan untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012.Harapan dari pihak sekolah ialah agar mesyuarat kali ini akan mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang boleh terus bekerjasama dengan pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lalu.Pihak sekolah turut menyeru agar PIBG akan terus menjadi tonggak serta tulang belakang dalam membantu pengurusan sekolah serta guru untuk mendidik anak-anak ke arah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.

Diharap semua waris kepada anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang pauh akan dapat hadir sebagai melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.

Selamat Tahun Baru 2011

Semua warga pendidik diucapkan selamat bertugas kembali. Doa dan harapan semoga tahun ini membawa sinar kegembiraan dan tekadkan iltizam untuk terus berbakti mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko Kurikulum SKPP 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Ko Kurikulum 2010 telah diadakan pada 26 Jun 2010. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka SKPP. Hari Anugerah ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Jalil Bin Abdul Majid Penyelaras Parlimen Permatang Pauh. Ramai ibu bapa yang telah hadir bagi memeriahkan majlis. Banyak acara persembahan murid
diadakan bagi memberi peluang murid menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Hari anugerah ini berakhir dengan penuh gilang gemilang.


Visit Sarawak 2010
















Bersama dengan Guru-guru SKPTK membuat lawatan ke Sarawak pada 4,5,6 dan 7 June 2010