MESYUARAT AGONG PIBG KALI KE-37

Tarikh : 29 januari 2011
Hari : Sabtu
Jam : 8.30 pagi
Tempat : Dewan Terbuka SKPP

Setelah berakhirnya sesi 2009/2010,barisan jawatankuasa PIBG sekali lagi akan dibubarkan untuk perlantikan jawatankuasa yang baru bagi sesi 2011/2012.Harapan dari pihak sekolah ialah agar mesyuarat kali ini akan mempamerkan lebih banyak muka-muka baru yang boleh terus bekerjasama dengan pihak sekolah seperti tahun-tahun yang lalu.Pihak sekolah turut menyeru agar PIBG akan terus menjadi tonggak serta tulang belakang dalam membantu pengurusan sekolah serta guru untuk mendidik anak-anak ke arah yang Cemerlang,Gemilang dan Terbilang.

Diharap semua waris kepada anak yang masih bersekolah di Sekolah Kebangsaan Permatang pauh akan dapat hadir sebagai melancarkan perjalanan mesyuarat pada kali ini.

Selamat Tahun Baru 2011

Semua warga pendidik diucapkan selamat bertugas kembali. Doa dan harapan semoga tahun ini membawa sinar kegembiraan dan tekadkan iltizam untuk terus berbakti mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko Kurikulum SKPP 2010

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Ko Kurikulum 2010 telah diadakan pada 26 Jun 2010. Majlis ini berlangsung di Dewan Terbuka SKPP. Hari Anugerah ini dirasmikan oleh Yang Berbahagia Datuk Abdul Jalil Bin Abdul Majid Penyelaras Parlimen Permatang Pauh. Ramai ibu bapa yang telah hadir bagi memeriahkan majlis. Banyak acara persembahan murid
diadakan bagi memberi peluang murid menunjukkan bakat dan kreativiti mereka. Hari anugerah ini berakhir dengan penuh gilang gemilang.


Visit Sarawak 2010
















Bersama dengan Guru-guru SKPTK membuat lawatan ke Sarawak pada 4,5,6 dan 7 June 2010

SUKAN TAHUNAN SKPP 2010

Sukan Tahunan SKPP 2010 telah berlangsung dengan penuh gilang gemilang dan berwarna warni. Sukan ini telah diadakan di Padang SMK Sama Gagah pada hari Sabtu bertarikh 27 Mac 2010. Acara sukan bermula seawal jam 8.00 pagi dengan perarakan masuk kontigen rumah sukan yang mengambil bahagian. Rumah sukan yang terlibat ialah Rumah Temenggung,Rumah Laksamana,Rumah Bendahara dan Rumah Syahbandar. Perarakan Masuk kontigen ini penuh berwarna warni dan bertemakan Sukan Pemangkin Kegemilangan Pelajar. Perasmian sukan dilakukan oleh YDP PIBG En Zulkifli Bin Mohd Lazim .Setelah bertungkus lumus berjuang selama 4 jam akhirnya Rumah Bendahara diistiharkan juara diikuti Rumah Temenggung,Rumah Syahbandar dan Rumah Laksamana. Tahniah kepada murid-murid yang berjaya bagi yang kureng berjaya cuba lagi bak kata pepatah" Selagi ada mentari disitu ada harapan. Akhir sekali warga SKPP mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan temasya sukan pada tahun ini.
Terima kasih daun keladi...